awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Kelantan tetap dengan pendirian putus hubungan dengan Bersatu

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
24/03/2021
08:35 MYT
UMNO Kelantan tetap dengan pendirian putus hubungan dengan Bersatu
Ketetapan UMNO Kelantan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu dibuat berdasarkan usul yang diluluskan dalam 12 mesyuarat perwakilan Bahagian daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat semalam.
KOTA BHARU: Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sekali lagi mengulangi pendirian memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketetapan tersebut dibuat berdasarkan usul yang diluluskan dalam 12 mesyuarat perwakilan Bahagian daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat semalam.
Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Akhbar Salim, mesyuarat ahli badan perhubungan parti negeri itu dihadiri oleh 12 daripada 13 Bahagian setelah Bahagian Tanah Merah digantung.
Mesyuarat tersebut, kata beliau, mengambil keputusan antara lain terus mendokong institusi presiden dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti.
Dalam kenyataan media yang diedarkan, Akhbar memaklumkan, mesyuarat juga sepakat untuk meminta parti Pas membuat keputusan yang jelas dan segera sama ada akan bersama UMNO atau menyertai Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sementara itu, Akhbar juga berkata, pendirian UMNO Bahagian Ketereh yang membuat usul menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dihantar kepada Presiden merupakan kes terpencil kerana tidak melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Topic Berkaitan
#UMNO Kelantan
#Bersatu
#UMNO
#putus hubungan
#PRU15
#pilihan raya umum
#Ahmad Zahid Hamidi
#Presiden UMNO
#PAS
#UMNO Bahagian Ketereh
#Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan