awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Labuan perkukuh ukhuwah, rapatkan saf menjelang PRU15

Bernama
Bernama
20/03/2022
04:58 MYT
UMNO Labuan perkukuh ukhuwah, rapatkan saf menjelang PRU15
Bashir mengetuai 15 perwakilan UMNO Labuan ke Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang berakhir semalam. - fotoBERNAMA
LABUAN: UMNO Bahagian Labuan akan memperkukuh ukhuwah dan merapatkan barisan saf sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketuanya Senator Datuk Bashir Alias berkata pihaknya akan merangka strategi di semua peringkat sayap parti itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.
"Ucapan dasar Presiden UMNO sedikit sebanyak membayangkan PRU15 akan diadakan pada tahun ini.
"Bagi membuktikan kesamaan dalam perjuangan parti...UMNO Labuan akan bersama pucuk pimpinan parti dalam melakukan kesiapsiagaan PRU," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
Bashir mengetuai 15 perwakilan UMNO Labuan ke Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang berakhir semalam.
UMNO Labuan membawa lima usul pada perhimpunan agung kali ini dengan matlamat utama mahu melihat kestabilan politik negara dan kesaksamaan perjuangan parti.
Beliau berkata kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor memperlihatkan kebangkitan dan sokongan rakyat terhadap BN.
"Apa yang penting kita dalam UMNO harus memastikan imej dan nama baik UMNO terpelihara dan tidak dicemari dengan anasir yang boleh membawa kepada kejatuhan parti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pilihan Raya Umum ke-15
#Bashir Alias
#PAU2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan