UMNO masih bersedih, belum sedia bincang pengganti Bung Moktar - Ketua Puteri

Ahmad Zahid (tengah) bersama barisan Ahli MT UMNO memulakan mesyuarat dengan majlis tahlil bagi mengenang Allahyarham Bung Moktar di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: UMNO masih belum bersedia untuk membincangkan pengganti Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin berikutan kesedihan yang masih dirasai kepimpinan parti itu susulan pemergiannya pada Khamis lepas.
Ringkasan AI
- UMNO masih belum bersedia membincangkan pengganti Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas pemergiannya baru-baru ini.
- Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tidak menjalankan perbincangan berkenaan pengisian jawatan baru, namun mengetengahkan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
- Kepimpinan UMNO masih dalam kesedihan dan belum bersedia untuk membahas penggantian Bung Moktar, yang kini SPR telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Sabah.
Menurut Nurul Amal, sebelum mesyuarat bermula, kepimpinan UMNO mengadakan tahlil ringkas sebagai mengenang jasa Allahyarham yang disifatkan amat dekat dan sentiasa berada di sisinya pada mesyuarat-mesyuarat penting sebelum ini.
"Banyak pemimpin masih bersedih dan terasa dengan pemergian Allahyarham (Bung Moktar), kami belum bersedia lagi (bincang pengganti).
"Perasaan masih bercampur baur, memang terasa sangat kehilangan itu. Beri kami sedikit masa," katanya selepas mesyuarat itu.
Allahyarham Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah meninggal dunia pada 5 Dis lepas di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu beberapa hari selepas beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam PRN Sabah.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memaklumkan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Sabah akan diadakan pada 16 Dis ini.
Terdahulu, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato' Onn di sini.
Turut hadir Naib-Naib Presiden Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ketua Wanita Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal Saleh dan Setiausaha Agung Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan baru-baru ini? A: Mesyuarat tersebut hanya merupakan mesyuarat bulanan biasa tanpa sebarang perbincangan mengenai pengisian jawatan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.
- Q: Mengapa UMNO masih belum bersedia untuk membincangkan pengganti Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin? A: Kepimpinan UMNO masih bersedih dan terasa dengan pemergian Allahyarham, dan perasaan kehilangan masih dirasai dengan mendalam, oleh itu mereka meminta sedikit masa sebelum membincangkan pengganti.
- Q: Apakah urusan yang akan diadakan dalam mesyuarat khas oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Sabah? A: Mesyuarat khas tersebut akan diadakan bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Sabah pada 16 Disember ini berikutan kematian Allahyarham Bung Moktar Radin.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

