awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Melaka berazam rampas semula kerusi DUN Sungai Udang pada PRU-16

Bernama
Bernama
15/07/2024
02:50 MYT
UMNO Melaka berazam rampas semula kerusi DUN Sungai Udang pada PRU-16
Ab Rauf (dua, kanan) dan Shamsul Anuar (kanan) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu 2024 di Dewan Penjara Sungai Udang, Melaka, malam tadi. --fotoBERNAMA
MELAKA: Jentera UMNO Melaka perlu mengatur langkah bagi memperkukuh gerak kerja parti dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dapat dirampas kembali pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti, sekali gus menjadikan seluruh kawasan Parlimen Tangga Batu milik UMNO.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang membuat gesaan itu mengingatkan jentera parti supaya tidak leka dalam menjayakan misi berkenaan, agar kedudukan UMNO di negeri itu menjadi lebih kukuh.
"Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Melaka ke-15 lepas, kita telah menang di (DUN) Kelebang, Paya Rumput, Pantai Kundor tetapi tewas di Sungai Udang, justeru kita kena berusaha mengembalikan semula Sungai Udang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu 2024 di sini malam tadi.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka merangkap Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Rais Yasin.
Pada PRU DUN Melaka ke-15, kerusi DUN Sungai Udang dimenangi Perikatan Nasional yang diwakili Dr Mohd Aleef Yusof dengan majoriti 530 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang mendapat 6,259 undi.
Terdahulu AB Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata 700 perwakilan melibatkan tiga sayap parti iaitu wanita, pemuda dan puteri Tangga Batu hadir pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#UMNO Melaka
#Parlimen Tangga Batu
#DUN Sungai Udang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan