awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO nafi keluar surat, Rais sah Ketua Bahagian Tangga Batu

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/03/2023
14:48 MYT
UMNO nafi keluar surat, Rais sah Ketua Bahagian Tangga Batu
Ahmad Zahid mengesahkan keabsahan Rais (gambar) sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dipilih dalam pemilihan baru-baru ini. - Gambar fail
JASIN: UMNO tidak mengeluarkan sebarang surat pemakluman berhubung pembatalan kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.
Perkara itu disahkan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sekali gus mengesahkan keabsahan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dipilih pada pemilihan baru-baru ini.
“Saya ingin mengesahkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) telah memaklumkan pada saya tidak ada surat pembatalan itu.
“Datuk Rais diabsahkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu,” katanya ketika ditemui selepas selesai solat sunat Tarawih di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai, Serkam di sini malam Isnin.
Terdahulu sebuah portal berita melaporkan kemenangan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada pemilihan parti itu 18 Mac lalu, dibatalkan Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO Malaysia 2023 hari ini.
Ia menerusi pemakluman satu surat daripada UMNO pusat melalui aplikasi WhatsApp pada pukul 2.26 petang tadi yang dihantar kepada bekas Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Abdul Latip Mohamad.
Surat berkenaan memaklumkan berlakunya ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada proses pemilihan UMNO bahagian itu yang berlangsung di sebuah hotel baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#surat pemakluman
#UMNO
#kemenangan ADUN paya rumput
#Rais Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan