KOTA KINABALU: UMNO perlu terus memperkukuhkan jentera pada semua peringkat sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) bukanlah seperti senario menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Katanya, persiapan amat perlu diperincikan untuk memastikan parti keramat itu mendapat mandat rakyat.
"Sekiranya UMNO ingin bangkit semula, untuk memerintah seluruh negara walaupun UMNO sebuah parti yang unggul dan tidak ada tolok bandingnya, tetapi ada sebahagian kecil mengatakan UMNO ini sebuah parti yang juga tidak memainkan peranan ke arah untuk membantu keseluruhan bangsa di negara ini.
"Apa yang perlu di lalui oleh UMNO selain daripada menzahirkan krisis dalaman, UMNO juga perlu memperkukuhkan jentera semua peringkat, untuk PRU ini bukan seperti PRN, bukan seperti biasa-biasa, PRU ini kita harus membuat engagement dengan semua pengundi.
"Sebab kalau PRU ini, ssesuatu terjadi dengan BN dan UMNO, sudah tentu parti ini akan terkubur," katanya menerusi satu kenyataan media.
Bung berkata demikian selepas mengulas mengenai pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (PWTC), Kuala Lumpur, pada Rabu.
Malam tadi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap dalam perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah menyentuh beberapa perkara termasuklah relevannya desakan mengadakan PRU15 memandangkan ketidakstabilan politik masa kini.
BACA: PAU 2021: Ini masa terbaik laksanakan PRU15 - Mohamad Hasan
PERKEMBANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Mengulas mengenai PRU15, Bung Moktar turut senada dengan Mohamad dan ianya perlu dilaksanakan.
"Ya, pilihan raya perlu diadakan tetapi saya berpendapat dengan syarat iaitu semua jentera parti di peringkat bawah, pusat daerah mengundi (PDM), cawangan perlu diperkasakan.
"Kalau ini dapat dilaksanakan, saya percaya pilihan raya, PRU ini diadakan UMNO akan dapat bangkit semula, dapat menawan hati rakyat dan akan dapat memikat hati pengundi," katanya lagi.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Mar 16 2022

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) bukanlah seperti senario menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). - Gambar fail/BERNAMA

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.

Kepimpinan baharu UMNO kukuhkan Kerajaan Perpaduan
Profesor Dr Azmi Hassan berkata ini kerana, sebahagian besar kepimpinan baharu yang dipilih tersebut majoritinya daripada kumpulan Datuk Seri Ahmad Zahid.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Mac 2023.

'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.

Shahelmey belum terima surat rasmi penggantungan keahlian dalam UMNO
Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya menyatakan bahawa setakat ini, beliau belum menerima sebarang surat rasmi mengenai penggantungan keahliannya dalam UMNO.

Asyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO yang baharu, Azalina dilantik Ketua Penerangan
Azalina menggantikan Hizatul Isham Abdul Jalil atau Isham Jalil yang turut terpilih sebagai salah seorang dari 25 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

MKT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
Pimpinan baharu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 mengadakan mesyuarat pertamanya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Mahkamah tolak permohonan Jamal gantung penghakiman saman fitnah Teresa Kok
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Jamal untuk menggantung perlaksanaan penghakiman yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok