awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO perlu wujudkan lebih ramai 'pejuang siber' - Najib

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
09/08/2015
04:51 MYT
UMNO perlu wujudkan lebih ramai 'pejuang siber' - Najib
NAJIB: Ada sekumpulan lagi askar yang perlu kita wujudkan dengan begitu ramai lagi iaitu 'keyboard warriors'. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
UMNO dan kerajaan perlu mewujudkan lebih banyak 'pejuang siber' untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan pihak yang mahu menjatuhkan parti serta pentadbiran sedia ada, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar di sini.
"Ada sekumpulan lagi askar yang perlu kita wujudkan dengan begitu ramai lagi iaitu 'keyboard warriors'.
"Ini adalah kerana pembentukan minda hari ini adalah soal persepsi lawan realiti. (Ia tentang) taburan benar dan batil, sebaran fitnah dan tohmahan di hujung jari," kata beliau.
Jelas Najib, ruang siber ini suatu medan yang dianggap penting kerana segala bentuk aplikasi media sosial mempengaruhi persekitaran politik semasa dan akan datang.
"Kumpulan 'keyboard warriors' ini perlu diwujudkan untuk berdepan tohmahan dan fitnah serta membetulkan persepsi," kata beliau.
Najib juga sempat menyelar pihak pembangkang yang menggunakan kaedah itu untuk memberi persepsi buruk pada kerajaan dengan mudah.
"Mereka sekadar menimbulkan persoalan dalam minda rakyat, sudah cukup untuk menghakis sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional," kata beliau.
Topic Berkaitan
#keyboard warriors
#najib
#pejuang siber
#tangkis tohmahan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan