KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada lewat Rabu malam yang menarik sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum ke tahap Kerajaan telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata apa yang dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu hanyalah pendirian parti.
Ujarnya, ia masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti Akuan Bersumpah.
"Jadi ia memerlukan pengesahan daripada instrumen undang-undang iaitu kalau berlaku di luar Dewan Rakyat, setakat ini yang diterima oleh mahkamah adalah Akuan Bersumpah.
"Akuan bersumpah ini sama ada individu Ahli Parlimen itu menolak kepercayaan majoriti kepada Perdana Menteri atau mereka membuat satu akuan bersumpah yang menyatakan ada orang lain yang mereka beri kepercayaan sebagai Perdana Menteri.
"Secara umumnya, apa yang diumum oleh parti politik adalah pendirian parti politik dan ia tidak lagi memberi kesan yang sebagaimana yang dihasratkan dalam Peruntukan 43 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam ketika ditemu bual Astro AWANI pada Khamis.
Beliau pada masa yang sama kekal dengan pandangannya bahawa segala masalah politik perlu diselesaikan terlebih dahulu antara ahli politik.
Menurutnya, perlu ada tindakan susulan bagi menyokong kenyataan media UMNO semalam sebelum sebarang tindakan lain dilakukan termasuk melibatkan campur tangan Istana.
"Pada ketika ini (artikel ini ditulis), masih tidak nampak ada mana-mana menteri dari UMNO atau Ahli-ahli Parlimen UMNO meletakkan jawatan mereka.
"Sekiranya tiada, ia tidak seperti kenyataan yang dibuat daripada parti itu yang sebenarnya telah berlaku hilang kepercayaan.
"Ia memerlukan sokongan atau fakta-fakta yang menyokong kenyataan media itu seperti meletak jawatan atau mengeluarkan Akuan Bersumpah.
"Ini akan menjadikan kenyataan yang dibuat Presiden UMNO yang mengikut keputusan mesyuarat itu, lebih memberi kesan dari segi perundangan," katanya lagi.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jul 08 2021
Menurut Shamrahayu, ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah. - Foto UMNO Online
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.