awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2024
08:25 MYT
UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat
Mohamad menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara 2024 di Dewan Sri Sayong pada Sabtu. - Foto Bernama
KOTA TINGGI: Tiada jaminan UMNO bersama mana-mana gabungan politik berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung dalam PRU16.
"Kita hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan bagi menguruskan negara.
"Ketika ini, kita perlukan kerajaan yang kuat dan mantap," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Sri Sayong, Felda Sungai Sayong di sini, pada Sabtu.
Hadir sama, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Bagaimanapun, Mohamad tidak menolak perkara tersebut boleh diputuskan semasa PRU16 nanti berdasarkan kekuatan dan jumlah kerusi dimenangi UMNO.
"(Ada) yang kata kita akan gabung dengan PH (Pakatan Harapan), tengok PRU16, kalau (Parlimen) Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggara boleh bagi (menang di kerusi tersebut), kita langgar," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Luar itu menjelaskan parti perlu lebih memahami kehendak orang muda yang kini menjadi pengundi baharu dan banyak menentukan keputusan PRU. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO
#Mohamad Hasan
#Tok Mat
#kerjasama dengan parti lain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan