awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang larang lompat parti: Satu kemenangan rakyat - Anwar

Bernama
Bernama
29/07/2022
10:00 MYT
Undang-undang larang lompat parti: Satu kemenangan rakyat - Anwar
Rang undang-undang berkaitan larangan tukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam merupakan satu kemenangan kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Rang undang-undang berkaitan larangan tukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam merupakan satu kemenangan kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata beliau berasa lega, kerana memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan sebelum ini menetapkan supaya terdapat usaha bagi meluluskan rang undang-undang berkenaan.
"Kita dapat 209 Ahli Parlimen (yang bersetuju), termasuk pendirian Pakatan Harapan memang konsisten.
"Jadi ini satu kemenangan kepada rakyat, bila kita pilih, kita yakin insya-Allah, tidak lagi belot kerana ugutan, takut dengan tindakan atau wang ringgit atau juga kedudukan, Alhamdulillah," katanya menerusi klip video pendek di laman Facebook beliau hari ini.
Semalam, pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah 'lompat parti', mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan, sekali gus melakar sejarah yang mengubah landskap politik tanah air.
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu memperoleh masing-masing sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Rakyat manakala 11 tidak hadir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undang-undang larang lompat parti
#RUU Antilompat Parti
#Anwar Ibrahim
#Presiden PKR
#Ahli Parlimen Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan