awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi 18 boleh dilakukan secara manual - MBS

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2021
14:34 MYT
Undi 18 boleh dilakukan secara manual - MBS
MBS mengulangi komitmen dan dokongan dalam isu Undi 18 dan Pendaftaran Pengundi Secara Automatik dan bersedia dilibatkan dalam usaha memberi pendidikan kepada belia.
KUALA LUMPUR: Undi 18 boleh didahulukan dengan pendaftaran pemilih secara manual, kata Ketua Penerangan Majlis Belia Selangor (MBS), Khairul Anwar Ahmad Nadzer.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata penguatkuasaan Undi 18 tidak perlu dilaksanakan serentak dengan pendaftaran automatik kerana ia merupakan dua elemen yang berbeza daripada segi perundangan mahupun implementasi.
"Menerusi kenyataan media SPR berhubung perkara ini, SPR dilihat masih membenarkan pengundi berumur 21 tahun ke atas mendaftar secara manual. Ini bermaksud, pendaftaran pemilih adalah masih terbuka dan Undi 18 boleh dilibatkan dalam pendaftaran secara manual ini, " katanya.
Memahami kekangan dihadapi SPR dalam pengurusan pendaftaran automatik, SPR katanya memerlukan satu teknologi sistem maklumat SPR bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Penjara Malaysia.
"Namun, SPR harus memberikan status terkini dalam persiapan pendaftaran automatik dengan segera.
"MBS berpendapat ia adalah satu keganjilan apabila SPR sewenang-wenangnya mengumumkan penangguhan selama setahun (sehingga September 2022) dan hanya akan mengeluarkan laporan interim berhubung perkara ini pada bulan September tahun ini," katanya lagi.
MBS juga berpendapat SPR dan kerajaan harus memulakan agenda pemerkasaan pendidikan pengundi dan pendidikan demokrasi dengan segera.
"Agak mengecewakan apabila selepas hampir dua tahun rang undang-undang ini diluluskan, agenda pemerkasaan pendidikan pengundi dan pendidikan demokrasi terutama dalam mendepani Undi 18 adalah sangat lesu," ujarnya.
Pada masa sama, MBS mengulangi komitmen dan sokongan dalam isu Undi 18 dan Pendaftaran Pengundi Secara Automatik selain bersedia dilibatkan dalam usaha memberi pendidikan kepada belia.
"Adalah menjadi aspirasi majlis ini untuk melahirkan belia berprestasi unggul di samping terus memperkasa penglibatan belia dalam sistem demokrasi dan pentadbiran negara," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Media
#Malaysia
#mbs
#Undi18
#SPR
#Majlis Belia Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan