KUALA LUMPUR: Pengundi muda di Johor dilihat memberi isyarat jelas bahawa mereka mahukan kepimpinan yang bersih, berintegriti serta tidak terlibat dengan aktiviti rasuah dan penyelewengan.
Ketua Pemuda Pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, bagaimanapun parti Islam itu sejujurnya risau sekiranya pengundi muda terutama yang berusia 18 tahun belum bersedia untuk keluar menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya akan datang.
Justeru, beliau menegaskan Pas di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang sentiasa memberi penekanan kepada kematangan politik.
"Pas sendiri juga sentiasa berpegang kepada aspek berkebajikan, dan ini perlu dilihat secara lebih luas bukan semata-mata hanya hantar bantuan depan pintu.
"Ini menyentuh soal bagaimana kita membina negara, kita menyantuni adik-adik ini (pengundi muda) dan itu antara segmen yang kami cuba bawakan kepada adik-adik ini termasuk juga dari segi rekreasi seperti penglibatan dalam e-sport.
"Selain itu, mereka ini masih tertarik untuk membentuk negara Malaysia yang sejahtera seperti yang kita katakan mereka nak yang berintegriti, bersih dan sebagainya," kata beliau ketika ditemu bual, di sini, baru-baru ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG UNDI18 DI SINI
Mengulas lanjut, Ahmad Nawfal yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata, parti-parti komponen dalam PN turut memainkan peranan penting dalam membimbing generasi muda ke arah hala tuju politik yang lebih bersifat segar dan bebas salah laku.
Beliau menambah, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seharusnya tidak dijadikan sebagai medan 'ujian', sebaliknya peluang buat pengundi muda untuk menterjemahkan hasrat mereka dalam bentuk undi, jika benar selama ini kumpulan itu sudah muak dengan keadaan politik semasa.
"Dalam erti kata, jika mereka masih ada ragu-ragu, khuatir atau masih ada rasa tak nak keluar mengundi, maka banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh semua parti politik.
"Parti-parti politik perlu berperanan ke arah itu untuk menggerakkan anak-anak muda keluar mengundi.
“Sekiranya (PRN Johor) tidak capai pada satu angka atau peratusan yang baik, maka jauh lagi peluang untuk kita kata, adik-adik ini (boleh) mencorak negeri dan negara kita," ujarnya.
Pas dan PN, kata beliau lagi akan membawa pendekatan yang lebih kemas, teliti serta bekerja dengan bijak pada PRN Johor bagi memastikan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disasarkan boleh dimenangi, sekali gus memberi peluang kepada gabungan itu untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Mengenai pertembungan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada PRN tersebut pula, Ahmad Nawfal menegaskan perkara itu tidak akan mengakibatkan berlaku permusuhan antara kedua-dua parti berkenaan.
Malah katanya, Pas kekal komited untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN), dan pada masa yang sama mempertahankan PN.
"Dalam erti kata, kita tidak masuk PRN ini sehingga pertembungan antara UMNO dengan PAS menyebabkan bercerai-berai. Kita boleh anggap itu sebagai satu lapangan yang baik.
"Sahabat-sahabat daripada UMNO juga akan bersetuju bahawa kita masuk dalam lapangan PRN ini untuk sama-sama menawarkan sesuatu yang baik bagi (mewakili) setiap pihak (parti).
"UMNO juga mahu menggerakkan kebaikan, dan kami juga sudah tentu mahu melakukan perkara sama.
"Pun begitu, saya bersama dengan PN sentiasa percaya dengan pengalaman yang PN ada ini, walaupun masih baharu tetapi dalam kesegaran (tidak terpalit dengan isu rasuah), ini menjadi kelebihan untuk PN ke hadapan," katanya.
Dalam masa yang sama, Ahmad Nawfal berharap Pas akan mengemukakan lebih ramai calon muda pada PRN kali ini, sekali gus mempertimbangkan peningkatan sekurang-kurangnya 30 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Terdahulu, Ketua Penerangan PN Johor, Mohd Solihan Badri berkata pembahagian kerusi DUN membabitkan parti komponen PN hampir diselesaikan bagi menghadapi PRN Johor pada 12 Mac depan.
Sementara, Abdul Hadi pula dilapor sebagai berkata, calon-calon yang akan ditampilkan Pas dalam PRN Johor merupakan seorang yang adil, tidak fasiq, berpengetahuan di samping dapat menjalankan amanah sebagai pemimpin.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 13 2022
Ahmad Nawfal berkata Pas di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang sentiasa memberi penekanan kepada kematangan politik. -Facebook/Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz
Zainal Abidin sifatkan Faisal Halim individu kental
Lagenda bola sepak Malaysia, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim sebagai individu yang berjiwa kental dan tidak mengenal erti putus asa.
'Faisal Halim bersemangat nak bangun, tak sabar kembali berlatih' - Shahril
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas pembedahan kedua yang dijalaninya pada Selasa malam.
Konflik Timur Tengah: China-Perancis kecam serangan di Rafah
Kedua-dua negara dalam kenyataan bersama sekali lagi menegaskan keperluan mutlak untuk melindungi orang awam di Gaza berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Mengutamakan kanak-kanak sebagai pelaburan untuk masa depan
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat, melabur dalam asas kanak-kanak seperti peningkatan dalam pendidikan, pembangunan infrastruktur asas, dan peningkatan dalam sistem kesihatan mampu membantu menyelesaikan masalah kemiskinan dalam jangka panjang.
[INFOGRAFIK] Dapatan Utama | Ranjau Sepanjang Jalan
Berikut adalah info berkenaan dengan Dapatan Utama: Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF.
AWANI Ringkas: Kadar kemiskinan masih di tahap tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tawarkan gaji pemain bola yang realistik, elak pembaziran - Pakar
Secara umumnya, industri sukan perlu dikawal selia terutama dari segi sistem pengurusan kewangan kerana pada ketika ini, Malaysia jauh ketinggalan.
Malaysia mahu perkenal 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit - Johari
Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax
Ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.