KUALA LUMPUR: Pengundi muda khususnya yang berusia antara 18 dan 20 tahun perlu didedahkan dengan pendidikan demokrasi untuk memastikan kelompok itu tidak terjerumus dalam politik wang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menggalas tanggungjawab tersebut agar kelompok pengundi kali pertama ini memahami tanggungjawab mereka sebagai warganegara yang layak mengundi.
Jelas beliau, ia termasuk memberikan pendedahan asas berhubung peraturan ketika melaksanakan hak sebagai pengundi dalam pilihan raya.
"Saya paling risau sebenarnya ialah sama ada anak-anak muda, sekiranya mereka tidak celik proses demokrasi, (seterusnya mengakibatkan mereka) kurang faham apa yang patut berlaku pada hari mengundi.
"Apa hak mereka sebagai pengundi, adakah undi itu rahsia, dan banyak perkara asas dalam proses demokrasi itu.
"Adakah mereka mudah terkesan ataupun mungkin undi mereka boleh terbeli (dengan wang).
"Ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab (menawarkan wang) dan ini akan mendidik satu generasi pengundi dalam masalah yang disebut sebagai politik wang," katanya ketika ditemu bual, di ibu negara, baru-baru ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG UNDI18 DI SINI
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengakui bahawa corak pemikiran pengundi kumpulan umur berkenaan masih belum benar-benar difahami oleh parti-parti politik.
Bagaimanapun, beliau menambah, ketika ini semua parti sedang mendekati pengundi berusia 18 hingga 20 tahun dalam usaha memenangi hati dan 'memancing' undi mereka.
Mengenai sentimen pengundi muda terhadap situasi politik semasa pula, Fahmi berkata senario pengundi muda dilihat akan lebih cenderung kepada pihak yang mampu menyelesaikan isu yang berkait rapat dengan golongan berkenaan.
"Sekiranya tidak dapat diselesaikan, maka mereka akan mencari pihak yang mampu menyelesaikan (isu tersebut).
"Manakala, untuk mana-mana ahli politik cabarannya ialah untuk bercakap dalam bahasa ataupun cara dan gaya yang dekat dengan anak-anak muda.
"Apatah lagi sekarang ini, (perkembangan mengenai politik semasa) mereka mudah menonton dan mendapatkan maklumat melalui telefon bimbit.
"Jadi, bagi saya cara mereka mendapatkan maklumat itu juga sangat penting kerana bukan sahaja setakat isu, tetapi cara maklumat itu disampaikan memainkan peranan dalam bentuk persepsi mereka terhadap parti-parti politik, calon-calon serta masa depan negara," ujar beliau lagi.
Dalam masa yang sama, Fahmi berharap wakil-wakil rakyat daripada Keadilan di setiap kawasan telah memainkan peranan masing-masing termasuk mengadakan aktiviti dan libat urus bersama tokoh-tokoh muda.
Sewaktu zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dahulu, beliau berkata parti politik memiliki akses dan ruang untuk mendekati pengundi muda.
Namun, beliau akui situasi pada masa ini sedikit sukar berikutan negara masih berdepan ancaman COVID-19 dan gelombang varian Omicron.
Selain itu, Fahmi tidak menolak kemungkinan undi yang bakal diberikan oleh pengundi muda pada pilihan raya akan datang tidak dipengaruhi oleh 'parti keluarga' atau ibu bapa.
"Saya percaya ramai anak muda juga akan melihat kepada pola (di mana) apa yang mungkin ibu bapa mereka suka, mungkin mereka tak suka... apa yang ibu bapa mereka suruh, mungkin mereka tak ikut.
"Ini juga merupakan satu fenomena yang kita semua telah lalui zaman itu. Maka, kalau ibu bapa suruh kena pilih yang ini, mungkin dia pilih yang bertentangan," tambahnya.
PRN Johor yang ditetapkan pada 12 Mac depan bakal menyaksikan pelaksanaan Undi18 buat pertama kali.
Melalui pelaksanaan Undi18, jumlah pengundi baharu di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus, dengan penambahan 749,731 pengundi berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada PRU14.
Menurut data SPR, seramai 2,597,742 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor kali ini.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 13 2022
Fahmi (gambar) mengakui bahawa corak pemikiran pengundi kumpulan umur berkenaan masih belum benar-benar difahami oleh parti-parti politik. -Gambar fail
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.