KUALA LUMPUR : Sebanyak 92 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia menyeru rakyat untuk bangkit memperkasa dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia yang lebih stabil dan kukuh dalam politik, ekonomi dan sosial.
Melalui satu kenyataan bersama, NGO berkenaan berpendapat, krisis kepimpinan dalam geopolitik hari ini memerlukan perubahan berimpak tinggi terhadap pemulihan struktur tadbir urus dan akauntabiliti negara.
"Defisit kepercayaan terhadap tahap integriti telah menimbulkan persepsi negatif rakyat dan dunia terhadap Malaysia. Isu ini tentunya memerlukan solusi yang strategik.
"#RasuahBusters bersama rakan gabungan melihat bahawa golongan muda adalah akar yang akan membawa karakter yang lebih kompetitif, progresif, inovatif dengan semaian akhlak, nilai dan maruah yang tinggi bagi memacu transformasi negara," kata kenyataan itu pada Selasa.
Antara 92 NGO yang menyokong #RasuahBusters itu ialah UNDI 18, IKRAM Muda Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Pertubuhan Belia KerapatanGraduan Muda (KAGUM), Pertubuhan Pemuda Gema (GEMA), Ajar Demokrasi, Arus Anak Muda dan Anak Muda Sarawak (AMS).
Mereka bertegas, Undi 18 yang meletakkan kuasa mengundi kepada golongan muda termasuk para pelajar wajar dijadikan peluang untuk menolak kepimpinan toksik dan rasuah daripada terus memusnahkan masa depan generasi muda.
"Sebaliknya golongan mudalah yang harus tampil sebagai barisan hadapan kepimpinan di dalam proses pembikinan polisi serta penggubalan undang-undang dalam mengemudi pentadbiran untuk mencorak masa hadapan negara," tambah kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut, bagi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang telah disasarkan menjelang 2030, golongan muda juga harus berani untuk tampil dalam proses advokasi hak-hak bagi menjamin kualiti pendidikan, kesihatan, alam sekitar serta jaminan peluang pekerjaan bagi kemampanan ekonomi dan sosial.
"Anak muda bangkit bukan retorik. Ia adalah jaringan ekosistem yang amat signifikan. Pensejajaran misi secara berterusan bersama golongan muda bakal menentukan hala tuju kemajuan yang selari dengan kebangkitan #NilaiMoralKarakterBangsa agar negara ini bebas daripada kemelut ketidakstabilan politik dan isu rasuah," kata kenyataan itu lagi.
Astro Awani
Tue Feb 15 2022
NGO berkenaan berpendapat, krisis kepimpinan dalam geopolitik hari ini memerlukan perubahan berimpak tinggi terhadap pemulihan struktur tadbir urus dan akauntabiliti negara. - Gambar hiasan/ Bernama
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters
Pengampunan separa dan pengurangan denda terhadap hukuman Datuk Seri Najib Razak mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada dunia.
#RasuahBusters kemuka tuntutan, pastikan proses pemulihan negara berteras integriti
Gerakan #RasuahBusters hari ini mengemukakan beberapa tuntutan politik bagi memastikan proses pemulihan negara bertunjangkan kepada prinsip integriti dan ketelusan.
Ejen Miow bantu #RasuahBusters bawa mesej antirasuah
Ejen Meow mampu menjadi platform yang efektif dalam menyampaikan mesej anti rasuah berdasarkan status kucing sebagai haiwan yang dekat dengan masyarakat negara ini.
Undi18: Rakyat diseru bangkit perkasa peranan anak muda
Rakyat diseru bangkit memperkasa dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia yang lebih stabil dan kukuh daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.
SPRM: Azam Baki perlu direhatkan, elak jadi liabiliti - Rasuah Busters
Tindakan itu juga bagi membuka ruang buat siasatan secara telus dijalankan tanpa ada persepsi agensi itu akan melindungi ketuanya.
Selepas Putra dan Pas, #RasuahBusters pula gesa Azam Baki berehat
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki perlu berehat bagi membuka ruang untuk SPRM fokus kepada usaha pemulihan di samping mengembalikan maruah institusi berkenaan.
Jangan jadi seperti Imelda Marcos, kata SPRM
Rakyat di negara ini diingatkan supaya tidak mengagungkan individu yang mempunyai kesalahan rasuah seperti yang pernah berlaku di Filipina.
'Mak Kata Jangan' kempen peringkat nasional, gerakan #RasuahBusters terus dipergiat
Teras utama kempen adalah bagi mewujudkan satu rantaian yang akan memberi impak kepada aktiviti pembasmian rasuah di negara ini.