awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

USNO adakan AGM untuk pilih kepimpinan baharu 28 Feb depan

Bernama
Bernama
08/01/2021
12:07 MYT
USNO adakan AGM untuk pilih kepimpinan baharu 28 Feb depan
USNO akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk memilih kepimpinan baharu pada 28 Febuari depan.
KOTA KINABALU:Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk memilih kepimpinan baharu pada 28 Febuari depan.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan USNO Pusat Datuk Nani Sakam (He) berkata semua bahagian yang terlibat diminta untuk sama-sama terlibat dalam proses pemilihan berkenaan.
"Tempat AGM berkenaan belum lagi kita putuskan dan akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Turut hadir Persiden USNO Ibrahim Linggam.
Beliau berkata semua ahli parti dialu-alukan bertanding dalam pemilihan berkenaan dengan mengikut syarat yang ditetapkan seperti telah menjadi ahli USNO selama lebih dua tahun dan bebas insolvensi daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.
"Borang pencalonan bagi jawatan diperingkat bahagian boleh diambil di Pejabat Pusat USNO di Kota Kinabalu bermula hari ini dan tarih akhir penghantaran borang pencalonan ialah 14 Januari ini.
"Manakala borang untuk pemilihan jawatan diperingkat pusat boleh diambil bermula 22 Januari ini dan tarikh penghantaran pada 22 Febuari depan," katanya.
USNO ditubuhkan pada tahun 1967, sebelum dibatalkan pendaftaran oleh abatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada tahun 1996. Namun parti didaftarkan semula pada tahun 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#USNO
#Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
#nani sakam
#Jawatankuasa Pemilihan USNO
#Mesyuarat Agung Tahunan
#agm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan