awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul percaya kepada Perdana Menteri dibahas

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2022
07:21 MYT
Usul percaya kepada Perdana Menteri dibahas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini akan dibahaskan.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, usul berkenaan akan dibentangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.
Menurut Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, ahli-ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang dijadual berlangsung pada jam 3.30 petang.
“Saya akan turut terlibat berbahas hari ini ketika sesi perbahasan undi percaya kepada Kerajaan Perpaduan.
“Sahabat-sahabat boleh ikuti secara langsung di platform media sosial saya. Pohon disebarkan kepada semua yang ingin mengikuti,” katanya di Twitter beliau pada Isnin.
Selepas melalui pelbagai episod politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang membuka tirai hari ini bakal menjadi ujian pertama keutuhan Kerajaan Perpaduan di Dewan Rakyat.
Usul itu bertujuan membuktikan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mendapat sokongan majoriti susulan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah pada PRU15.
Kali pertama usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat pada 27 Januari, 1976 ketika bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menggantikan Tun Abdul Razak Hussein.
Usul sama kali kedua berlaku pada tahun 2003, semasa zaman peralihan kepimpinan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. -- Sinar Harian
PERBAHASAN UNDI PERCAYA KEPADA KERAJAAN PERPADUAN Saya akan turut terlibat berbahas hari ini ketika sesi Perbahasan Undi Percaya kepada Kerajaan Perpaduan sekitar jam 3.30 petang. pic.twitter.com/yE9awDrGgZ
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 19, 2022
Topic Berkaitan
#usul undi percaya
#Anwar Ibrahim
#Rafizi Ramli
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan