awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
Polis tahan wanita tular ludah polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti

Bernama
Bernama
03/02/2023
03:22 MYT
Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada pelanggaran perlembagaan atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022 baru-baru ini, yang melibatkan kelulusan usul tambahan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan akan datang.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ,tiada pelanggaran perlembagaan atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022 baru-baru ini, yang melibatkan kelulusan usul tambahan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan akan datang.
"Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan. Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan," katanya dalam satu kemas kini di laman Facebooknya hari ini.
Dua hari lepas, Ahmad berkata, UMNO memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Katanya, beliau telah menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad dan timbalannya di Putrajaya berhubung isu itu.
Ia susulan tindakan dua ahli UMNO pada 20 Jan mengemukakan aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan tersebut yang didakwa tidak sah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua jawatan tertinggi
#UMNO
#perlembagaan parti
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan