awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Saiful tidak perlu jaga tepi kain orang - Anthony

Sinar Harian
Sinar Harian
08/07/2023
23:00 MYT
Wan Saiful tidak perlu jaga tepi kain orang - Anthony
Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Agung DAP. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dinasihatkan supaya tidak menjaga tepi kain orang sebaliknya menumpukan kepada urusan partinya sendiri.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Wan Saiful tidak sepatutnya mencampuri urusan DAP terutamanya dalam soal calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Wan Saiful itu... Setiausaha Agung DAP ke? Saya tanya adakah dia Setiausaha Agung DAP, dia boleh tentukan calon kita?
"Saya rasa tidak payah lah nak jaga tepi kain orang, dia sibuk dia punya hal sendiri," katanya selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Railway Assets Corp dan ThinkCity di sini pada Sabtu.
Anthony berkata demikian ketika mengulas mengenai satu klip video yang dimuat naik Wan Saiful di Facebook beliau yang mendakwa terdapat khabar angin bahawa Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang dalam PRN ini.
Wan Saiful mendakwa langkah itu dibuat oleh DAP untuk menggantikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang dikatakan gagal memimpin Pulau Pinang.
BACA: PRN: DAP akan bertanding di 48 kerusi penyandang
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak pada 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.
Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.
Selain Pulau Pinang, lima negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum 2018, PH telah memenangi 37 kerusi, ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anthony Loke Siew Fook
#Wan Saiful Wan Jan
#PRN Pulau Pinang
#Setiausaha Agung DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan