awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita PH Kelantan sasar lima kerusi hadapi PRN

Bernama
Bernama
11/03/2023
11:07 MYT
Wanita PH Kelantan sasar lima kerusi hadapi PRN
Wanita PH Kelantan memiliki ramai wanita yang berpotensi untuk menjadi pemimpin selain memiliki latar belakang yang hebat dari segi pendidikan dan sebagainya. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Timbalan Ketuanya Dr Hafidzah Mustakim.
Beliau berkata ini memandangkan mereka memiliki ramai wanita yang berpotensi untuk menjadi pemimpin selain memiliki latar belakang yang hebat dari segi pendidikan dan sebagainya.
"Pencapaian kaum wanita di negara ini tidak boleh disangkal lagi dari segi perubatan, pendidikan serta ekonomi dan kami sangat yakin apabila kaum wanita diberi peluang untuk bertanding pada PRN, ia akan memberi impak positif kepada masyarakat.
Justeru, kami harap wanita PH Kelantan akan diketengahkan kerana kita mempunyai calon-calon yang berpotensi bukan sahaja untuk parti malah untuk rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang PH bersama media, di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan bagaimanapun berkata keputusan mengenai senarai calon yang akan bertanding pada PRN nanti masih dalam perbincangan pucuk pimpinan tertinggi.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#pendidikan
#pilihan raya negeri
#Hafidzah Mustakim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan