awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
Negara-negara Arab kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita PKR lancar Sistem ASAK, perkasa pengurusan dan tadbir urus secara digital

Bernama
Bernama
02/03/2024
12:35 MYT
Wanita PKR lancar Sistem ASAK, perkasa pengurusan dan tadbir urus secara digital
Fadhlina berkata sistem ASAK merupakan sebuah laman rasmi tertutup yang dibangunkan bagi mengatasi isu-isu berbangkit. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Wanita PKR hari ini melancarkan Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) bagi memperkasakan pengurusan dan tadbir urus cabang wanita parti itu secara digital.
Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata sistem ASAK merupakan sebuah laman rasmi tertutup yang dibangunkan bagi mengatasi isu-isu berbangkit antaranya penyelarasan pengurusan keahlian dan dokumentasi di peringkat negeri dan pusat.
"Sistem ini akan digunakan sepenuhnya untuk mengurus dan mentadbir khususnya yang terkait rapat dengan data-data pengurusan Wanita PKR.
"Kita harap program ini benar-benar dapat mencapai maksud dan hasrat kita khususnya dalam konteks menyambut hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan pembudayaan digital dalam kalangan masyarakat dan kita bermula dengan parti dan Wanita PKR," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Sistem ASAK di sini hari ini.
Beliau turut berharap agar sistem berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang dan Kongres Wanita PKR tahun ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Wanita Pusat bagi Sayap Wanita Keadilan (PKR) Loh Ker Chean berkata fasa dua pelaksanaan Sistem ASAK akan melibatkan ciri analisis data berkaitan demografi anggota wanitanya di setiap kawasan yang antara lain untuk memudahkan urusan pemberian bantuan.
Sistem ASAK yang merangkumi komponen maklumat, pengurusan surat menyurat, organisasi, mesyuarat dan takwim akan memantapkan dan menyeragamkan tadbir urus Wanita PKR dari peringkat kepimpinan pusat hingga ranting.
Katanya bagi memberi kefahaman dan penerangan mengenai penggunaan sistem itu, sesi taklimat secara dalam talian akan diaksanakan pada bulan ini.
Selain itu, Wanita PKR melalui Sukarelawan ASAK juga akan turun ke negeri-negeri bagi siri jelajah dan latihan yang akan dilaksanakan pada April sehingga Julai tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wanita PKR
#Sistem ASAK
#laman rasmi tertutup
#pembudayaan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan