awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita UMNO konsisten sokong pendirian parti, fokus bantu rakyat

Bernama
Bernama
24/01/2021
09:09 MYT
Wanita UMNO konsisten sokong pendirian parti, fokus bantu rakyat
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata fokus Wanita UMNO juga ialah memperkukuhkan gerak kerja bagi mencapai objektif menang dalam PRU15. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pergerakan Wanita UMNO terus konsisten menyokong pendirian parti termasuk kehendak presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu fokus memberi bantuan kepada rakyat yang terkesan pandemik COVID-19 dan banjir.
Ketuanya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata fokus Wanita UMNO juga ialah memperkukuhkan gerak kerja bagi mencapai objektif menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Dalam keadaan negara yang kini dilanda wabak COVID-19 dan juga banjir, sudah pasti keperluan rakyat perlu diutamakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata sebagai tulang belakang parti, sudah pasti Wanita UMNO akan terus menggembleng tenaga memastikan kebajikan rakyat dijaga.
Noraini seterusnya menyeru semua ahli parti untuk terus merapatkan saf, memperkukuhkan parti agar rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa UMNO adalah parti yang benar-benar mampu mendukung denyut nadi rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Marilah kita terus mempertingkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), menjaga kawalan kendiri, agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan dan angka pesakit positif kembali kepada sifar," kata beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wanita UMNO
#UMNO
#pendirian parti
#Presiden UMNO
#Zahid Hamidi
#COVID-19
#banjir
#noraini ahmad
#PRU15
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan