awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan belum putuskan bertanding PRN Johor

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
22/01/2022
22:15 MYT
Warisan belum putuskan bertanding PRN Johor
Mohd Shafie menyatakan walaupun mempunyai penyokong di Johor, termasuk orang Sabah dan Sarawak di negeri itu, pihaknya tidak mahu hanya bergantung dengan rakyat dua negeri berkenaan sahaja. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) belum memutuskan sama ada bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung kelak.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu terlebih dahulu berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru sahaja dibuat petang Sabtu.
"Kita akan lihat dulu perkara ini kerana maklumat berkenaan baru diterima. Oleh itu, kita akan teliti secara mendalam.
"Saya juga sudah memaklumkan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kita perlu ada persediaan sekiranya mengambil keputusan untuk bertanding," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Warisan yang diadakan di Kota Kinabalu malam tadi.
Turut hadir Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Junz Wong serta Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie menyatakan walaupun mempunyai penyokong di Johor, termasuk orang Sabah dan Sarawak di negeri itu, pihaknya tidak mahu hanya bergantung dengan rakyat dua negeri berkenaan sahaja.
Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN berkuat kuasa Sabtu bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Warisan
#Mohd Shafie Apdal
#Johor Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan