awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan bergolak?: Sidang media Shafie Apdal tengah hari esok

Assim Hassan
Assim Hassan
08/10/2021
11:33 MYT
Warisan bergolak?: Sidang media Shafie Apdal tengah hari esok
Shafie berkata, sidang media itu akan diadakan selepas satu pertemuan dengan semua ketua bahagian Warisan di Pejabat Warisan di Kolombong. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengadakan sidang media berhubung tindakan bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Yusof Yacob yang meninggalkan parti, esok (Sabtu).
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu, beliau akan mengadakan sidang media sekitar pukul 12.30 tengah hari selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Warisan.
"Saya akan bagi kenyataan rasmi esok sekitar pukul 12.30 tengah hari. Pada sebelah pagi, saya akan mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian Warisan terlebih dahulu.
"Sidang media itu akan diadakan di Pejabat Warisan di Kolombong, Kota Kinabalu," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Jumaat.
BACA: Yusof Yacob tamatkan spekulasi, umum keluar Warisan dan sokong kerajaan
Pagi Jumaat, Yusof yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin dalam sidang media melaporkan meninggalkan Warisan dan menyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Warisan berkata, tindakan itu diambil kerana mahu membantu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan daerah Sipitang dalam menyelesaikan pelbagai masalah, selain berusaha membawa pembangunan ke kawasan itu.
Malah, Yusof menegaskan, tindakannya itu adalah keputusan peribadi tanpa tekanan atau pengaruh daripada sesiapa.
Keluar Parti | Shafie tiada halangan saya tinggalkan Warisan
Topic Berkaitan
#Mohd Shafie Apdal
#Yusof Yacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan