Isu pengagihan kerusi Pilihan Raya Negeri Sabah bagi Pari Warisan Sabah (Warisan) dan rakan sekutunya berkemungkinan diputuskan hari ini.
Ia susulan satu mesyuarat tertutup pada jam 10.50 pagi diadakan di pejabat Warisan di Kolombong, yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Antara pemimpin lain yang hadir pada pagi tadi adalah Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Ini merupakan mesyuarat bersama antara Warisan dan rakan sekutunya selepas Mohd Shafie mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu.
Difahamkan, selain pengagihan kerusi, mesyuarat itu turut membincangkan mengenai calon yang akan bertanding pada PRN Sabah.
Satu Sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ini.
Semalam, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah mengumumkan Barisan Nasional (BN) Sabah dan rakan-rakan lain bakal bertanding di kesemua 73 kerusi DUN, pada PRN kali ini.
Ruzaini Zulkepli
Mon Aug 03 2020

Satu mesyuarat tertutup pada jam 10.50 pagi diadakan di pejabat Warisan di Kolombong, yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sukan Asia: Ayuh Malaysia, bangkit ke arah Paris 2024!
China merupakan juara keseluruhan Sukan Asia sejak 1982 dan sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini, sudah pasti mereka mahu menggapai kegemilangan yang luar biasa apabila acara berpingat bermula secar

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.

PRN Sabah: Calon wanita, Srikandi Bersatu serah kepada pucuk pimpinan
Srikandi Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dalam menentukan calon dari kalangan wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Sabah Memilih: Shafie Apdal mahu calon setia, bukan kaki lompat
Kesetiaan merupakan kriteria utama yang akan dipertimbangkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon pada PRN nanti.