JOHOR BAHRU: Parti Warisan secara rasmi akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melalui platform Parti Warisan Johor.
Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika melancarkan parti di peringkat negeri itu berkata, Parti Warisan Johor akan diketuai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup, Suhaimi Salleh, dengan tujuan untuk memberi pilihan kepada rakyat Johor.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, rakyat jelas menolak formula yang diguna pakai oleh Pakatan Harapan (PH) dalam dua siri PRN sebelum ini, justeru kehadiran Warisan memberi rakyat pilihan baharu.
“Kita dah tahu rasa bagaimana BN (memerintah), bagaimana PH (memerintah). Mesti nak berunding, tetapi itu bukan pilihan rakyat. Pilihan rakyat, rakyat bosan dengan parti politik, rakyat bosan dengan ahli politik.
“Masa itu saya maklum kita perlu sediakan pilihan. Kita dah nampak pilihan ada di Melaka rakyat tolak PH, di Sarawak rakyat tolak PH. Why? People don’t want to vote sebab no choice. So, we provide choice,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.
Keputusan Warisan untuk bertanding di PRN Johor ini, kata Mohd Shafie lagi, adalah sebagai langkah persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum, yang berkemungkinan akan berlaku tahun ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Parti Warisan Johor sempena PRN Johor yang akan menyaksikan hari penamaan pada 26 Februari ini, hari pengundian pengundian pada 12 Mac depan.
Ditanya mengenai jumlah kerusi yang ingin ditandingi Warisan, Mohd Shafie berkata perkara itu akan diumumkan apabila tiba waktu yang sesuai.
Ditanya jika latar belakang Warisan itu yang bermula di Sabah, akan membuatkan mereka tidak diterima di Johor, Mohd Shafie berkata, parti politik bebas untuk bertanding di mana-mana sahaja di negara ini.
“PBS bertanding di Penang (Pulau Pinang), UPKO bertanding di Perak. PBS presiden dia Joseph Pairin Kitingan, presiden dia Bernard Dompok. Presiden Warisan ialah Shafie Apdal. He was a national leader. Pairin tak dikenali di Penang.
"Saya di Balik Pulau banyak keluarga. My wife dari Sungai Petani, dari Tikam Batu. Menantu saya Muar, Johor. I’ve served this country, served this nation. Not because party ini datang dari Kota Belud, Sabah. We are all Malaysians,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Tue Feb 15 2022
Shafie berkata, Parti Warisan Johor akan diketuai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup, Suhaimi Salleh. - Astro AWANI
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.