awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan sokong PH, BN untuk bentuk kerajaan baharu - Mohd Shafie

Bernama
Bernama
22/11/2022
07:27 MYT
Warisan sokong PH, BN untuk bentuk kerajaan baharu - Mohd Shafie
Shafie berkata PH dan BN sepatutnya diberi peluang pertama untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) hari ini menyatakan sokongannya kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan baharu susulan berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata PH dan BN sepatutnya diberi peluang pertama untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu.
"Warisan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kerana kedua-duanya mempunyai bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan (Persekutuan) dan majoriti rakyat telah mengundi untuk Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
"Sokongan ini juga atas premis bahawa kerajaan Persekutuan yang baharu akan memenuhi kesemua 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shafie berkata Warisan berharap PH bersama-sama BN akan mendapatkan rakan kerjasama yang membolehkan pembentukan kerajaan Persekutuan yang boleh membawa kestabilan politik dan perpaduan kepada negara .
Dalam PRU15, Warisan memenangi tiga daripada 52 kerusi Parlimen yang ditandingi menerusi Mohd Shafie (Semporna), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) dan Datuk Mohamad Yusof Apdal (Lahad Datu).
PRU15 berakhir dengan situasi Parlimen tergantung, dengan PH meraih 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) dan Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahtraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Mohd Shafie Apdal
#Warisan
#PH
#BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan