awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Warisan tidak diterima dalam kabinet' - Shahelmey

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
11/01/2023
06:53 MYT
'Warisan tidak diterima dalam kabinet' - Shahelmey
"Ini merupakan satu daripada formula Kerajaan Perpaduan dgn rombakan kabinet baharu telah masukkan tiga muka baharu, dua PH dan satu BN," kata Shahelmey. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Majlis Angkat Sumpah di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu pada hari ini menyaksikan penyertaan tiga muka baharu daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Christina Liew (PH), Phoong Jin Zhe (PH), dan Datuk James Ratib (BN).
Ketiadaan wakil daripada Parti Warisan (Warisan) di dalam kabinet kerajaan negeri Sabah itu menurut Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata merupakan antara keputusan yang dipersetujui bersama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) Sabah, dan lima ADUN Barisan Nasional (BN) Sabah.
"Ini merupakan satu daripada formula Kerajaan Perpaduan dgn rombakan kabinet baharu telah masukkan tiga muka baharu, dua PH dan satu BN.
"Daripada Warisan dan daripada satu kumpulan yang telah mengadakan penentangan terhadap Ketua Menteri itu memang kita telah persetujui bersama tidak akan menerima mereka", ujar Shahelmey ketika ditemui media di luar Istana Seri Kinabalu, di sini pada Rabu.
Keputusan tersebut dipercayai rentetan peristiwa cubaan menjatuhkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah.
Sebelum ini, Warisan melalui presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengeluarkan kenyataan mempertikaikan keabsahan Hajiji sebagai Ketua Menteri berdasarkan Fasal 6(3) dan (7) Perlembagaan Negeri Sabah serta menggesa beliau meletakkan jawatan memandangkan Hajiji bukan lagi ketua parti dan tidak memiliki majoriti berdasarkan Fasal 6(7).
Tindakan Warisan yang dilihat senada dengan BN Sabah itu akhirnya membawa konotasi politik berbeza oleh orang awam seolah-olah keduanya mempunyai hubungan kerjasama untuk 'merampas kerajaan' daripada Hajiji.
Namun, perkara tersebut menurut Shafie merupakan sekadar dakwaan orang awam sahaja.
Topic Berkaitan
#Parti Warisan Sabah
#Shahelmey Yahya
#Hajiji Noor
#Mohd Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan