KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima sembah maklum senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis sembah menghadap itu berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi tadi di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Istana Negara menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan sembah maklum itu dilakukan Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Siapa bakal menduduki 'kerusi panas' TPM?


[TERKINI] Kabinet Baharu | Perkembangan dari Pejabat Perdana Menteri
 
"Sesi menghadap hari ini merupakan yang kali kedua bagi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri.

"Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu," memetik perkongsian di akaun Facebook rasmi Istana Negara.

Selesai sesi menghadap, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada Perdana Menteri.

BACA: Ismail Sabri tinggalkan Istana Abdulaziz, Kabinet mungkin diumum dalam masa terdekat


Kabinet Baharu | PM selesai menghadap YDP Agong
 
 
Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial