awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid kecam pihak pertikai keputusan kembali terajui UMNO

Bernama
Bernama
07/07/2019
06:04 MYT
Zahid kecam pihak pertikai keputusan kembali terajui UMNO
Ahmad Zahid berkata tindakan pihak berkenaan yang mahu keputusannya kembali memimpin UMNO perlu mendapatkan pandangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO, adalah tidak wajar. - Gambar fail/Astro AWANI
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak kenyataan pihak yang mempertikaikan keputusan beliau untuk kembali menerajui parti selepas bercuti menjalankan tugas itu sejak Disember lepas.
Beliau berkata tindakan pihak berkenaan yang mahu keputusannya kembali memimpin UMNO perlu mendapatkan pandangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO, adalah tidak wajar.
"Saya balik (dari cuti) ini dia kata ini perlu dibincangkan dalam Majlis Tertinggi. Masa saya kata hendak cuti tidak pula kata perlu bincang di MT.
"Ini hak saya kerana saya dipilih sebagai presiden UMNO yang sah," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Tambun di Bangunan UMNO Perak di sini, hari ini.
BACA: Cukup-cukuplah gaduh, pesan Najib kepada ahli UMNO
Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kembali menyambung tugas sebagai presiden UMNO berkuatkuasa 30 Jun lalu selepas menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan pada Disember lalu.
Pada hari yang sama, bekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata MT parti perlu memberi pandangan sekiranya Ahmad Zahid Hamidi ingin kembali menerajui UMNO.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian sebagai tidak bersetuju dengan pendapat bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa Ahmad Zahid bebas untuk kembali tanpa perlu mendapat persetujuan MT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Majlis Tertinggi UMNO
#Najib Razak
#Presiden UMNO
#tugas presiden
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan