awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid nafi UMNO pernah bincang wujudkan kerjasama dengan DAP

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2021
17:23 MYT
Zahid nafi UMNO pernah bincang wujudkan kerjasama dengan DAP
Ahmad Zahid mendakwa, terdapat seseorang daripada parti UMNO yang kerap bertemu dengan pemimpin parti DAP. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa parti itu pernah berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP.
Memetik laporan Sinar Harian, beliau bagaimanapun mendakwa, terdapat seseorang daripada parti UMNO yang kerap bertemu dengan pemimpin parti DAP.
Tegas Ahmad Zahid, adalah terlalu awal untuk UMNO mengumumkan gabungan dengan mana-mana parti.
“Terlalu awal untuk menyebutkan bahawa kita mahu bergabung dengan parti itu dan parti ini.
“Kita tidak pernah berbincang walaupun ada seseorang dari parti kami yang memegang jawatan agak penting ketika itu yang kerap bertemu pemimpin parti itu (DAP) berbanding Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN),” katanya sebagai dipetik menerusi satu wawancara hati ke hati bersama Presiden UMNO yang disiarkan di Malaysiaport pada Ahad.
Sebelum ini, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa pernah mendakwa, wujud gerakan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, beliau menerima laporan bahawa UMNO dalam proses menjalin kerjasama dengan DAP untuk tujuan itu.
BACA: Annuar dakwa wujud gerakan kerjasama UMNO-DAP
Ahli Parlimen Ketereh itu juga menjelaskan, perundingan itu melibatkan beberapa orang yang tidak dimaklumkan kepada parti.
Annuar bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang terlibat dalam 'rundingan' itu, sebaliknya, hanya memberitahu, pertemuan itu melibatkan pucuk kepimpinan tertinggi.
Topic Berkaitan
#UMNO
#DAP
#Presiden UMNO
#Zahid Hamidi
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan