awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zalim sekat peruntukan negeri, ahli Parlimen - Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
13/02/2023
04:35 MYT
Zalim sekat peruntukan negeri, ahli Parlimen - Hadi
Menurut Abdul Hadi, mengambil alih kerajaan sepatutnya bukan sekadar mengambil tempat bagi merebut jawatan dengan keistimewaannya.- Fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Tindakan menyekat peruntukan yang diwajibkan kepada negeri dan ahli Parlimen serta menyusahkan pegawai-pegawai kerajaan yang dikira tidak menyokong kerajaan disifatkan sebagai zalim.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ia langkah yang tidak bertamadun, tidak bermoral agama dan tidak berkonsepkan demokrasi yang sebenar, menjadikan ia cara yang salah bagi mengekalkan kuasa.
Menurutnya, mengambil alih kerajaan sepatutnya bukan sekadar mengambil tempat bagi merebut jawatan dengan keistimewaannya.
“Kewajipan yang sepatutnya ialah menunaikan amanah ALLAH SWT bagi melakukan tashih (pembetulan) terhadap kerosakan yang berlaku, bukan berebut jawatan dan mengekalkan kerosakan atau menambah keburukannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah Abdul Hadi, Pakatan Harapan (PH) yang memimpin kerajaan campuran sekarang, ahli Parlimen mereka didominasi oleh bukan Islam, iaitu seramai 50 orang bukan Muslim dan 31 orang Muslim.
Katanya, mereka tidak menjadikan Melayu Muslim yang berintegriti untuk mendominasi penduduk negara ini sebagai majoriti berkonsepkan asas yang disebutkan dalam hadis sebelum ini.
Kerajaan campuran yang dibentuk juga jelasnya, dinamakan dengan Kerajaan Perpaduan walaupun penubuhannya menipu rakyat dan seluruh dunia.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, meletakkan jenama ‘Kerajaan Perpaduan’ adalah menyalahi istilah ilmu politik iaitu kerajaan yang tiada pembangkang atau pembangkangnya terlalu kecil laksana nyamuk.
“Selain itu, kerajaan campuran ini bercampur aduk pula dengan pelbagai ideologi seperti kalangan liberal, puak ekstrem berhaluan kiri mahupun kanan serta kalangan oportunis.
“Malah, mereka disertai oleh kalangan yang dipertikai integritinya seperti bekas banduan, kluster mahkamah, kronisme, dan nepotisme yang menjadi gejala dalam kerajaannya.
“Betapa mereka adalah paling jauh daripada ciri-ciri madani yang mampu mencipta kemajuan yang positif dan jauh daripada konsep al-din yang wajib menjadi panduan,” ujar beliau. — Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#peruntukan ahli parlimen
#Anwar Ibrahim
#Presiden Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan