awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry Abd Kadir, Saarani Mohamad dititah menghadap Sultan Perak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/12/2020
07:46 MYT
Zambry Abd Kadir,  Saarani Mohamad dititah menghadap Sultan Perak
Dr Zambry Abd Kadir telah dititah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Gambar fail
IPOH:Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dipanggil menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini hari ini.
Kedua-dua mereka yang menaiki kenderaan sama dilihat memasuki perkarangan istana itu sekitar jam 3.48 petang.
Namun, mereka yang keluar selepas hampir 30 minit berada dalam Istana Kinta tidak memberi sebarang reaksi balas kepada media yang berkumpul di perkarangan istana itu.
Kehadiran kedua-dua pemimpin itu menimbulkan spekulasi bahawa Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu akan dipilih semula sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.
Bagaimanapun, UMNO masih belum memperoleh majoriti mudah untuk mengetuai kerajaan Perak berdasarkan kenyataan Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini bahawa tiada mana-mana pihak yang memperoleh sekurang-kurangnya 30 ADUN bagi membentuk kerajaan.
"Dia (Saarani) memohon untuk menghadap (Sultan Nazrin) bersama Datuk Seri Zambry dan diperkenankan," kata Annuar kepada media di perkarangan Istana Kinta.
Topic Berkaitan
#politik perak
#Zambry Abd Kadir
#Saarani Mohamad
#dititah menghadap
#Sultan Perak
#majoriti mudah
#Menteri Besar
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan