Bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan telah menerima notis tuntutan saman daripada PKR pada Selasa lepas.
Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan itu yang kini merupakan ahli parti Bersatu menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan berhubung notis tersebut.
"Surat itu tidak bermakna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kebun Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 2 di sini hari ini.
Julai lepas, Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung dilaporkan berkata parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada kesemua 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bertindak keluar PKR dan menuntut setiap mereka membayar RM10 juta kepada parti tersebut.
Selain Zuraida, Menteri Kanan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara yang turut tersenarai akan menerima notis itu.
Ditanya mengenai status penyertaannya dan 18 lagi bekas wakil rakyat PKR yang telah menyertai Bersatu, Zuraida berkata perkara itu akan diumumkan secara rasmi pada satu majlis pada 22 Ogos ini.
"Seperti yang pernah disebut sebelum ini, kami adalah sebahagian daripada Bersatu, malah di Parlimen pun kami rujuk diri kami sebagai Bersatu. Cuma dari segi keformalan sahaja belum buat," katanya.
Dalam perkembangan lain, mengulas pertubuhan parti politik baharu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Zuraida berkata Malaysia mengamalkan demokrasi dan semua rakyat mempunyai hak menubuhkan apa-apa parti politik.
Pada 7 Ogos lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti itu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 15 2020
Zuraida berkata Malaysia mengamalkan demokrasi dan semua rakyat mempunyai hak menubuhkan apa-apa parti politik. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman
Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.
JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
40 notis saman lalu lintas di Kelantan dikesan melalui dron
JPJ Kelantan mengeluarkan 40 notis saman kepada pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui pemantauan dron sejak semalam.
Zuraida enggan beri respons notis saman PKR, anggap tiada makna
Bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan telah menerima notis tuntutan saman daripada PKR pada Selasa lepas.
Abdul Azeez serah notis saman kepada Lim Guan Eng
Abdul Azeez melalui peguamnya menyerahkan notis saman terhadap Lim Guan Eng selepas tiada permohonan maaf dibuat berhubung dakwaan rasuah melbiat pembinaan trowong dasar laut Pulau Pinang.
Dituduh gadis 'escort', isteri Donald Trump hantar notis saman kepada media UK
Pada Isnin, beberapa akhbar telah menarik semula artikel mereka dan memohon maaf kepada Melania Trump.