KUALA LUMPUR: Presiden  Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin  ada menandatangani dokumen mengiktiraf  sebagai presiden parti itu.

Perkara itu dikongsi sendiri Larry yang memuat naik dokumen bertarikh 1 November 2022 di laman Facebooknya.

Menerusi surat berkenaan, Zuraida mengakui bahawa dia mengiktiraf kesahihan Larry sebagai presiden parti itu.

Zuraida juga bersetuju untuk tidak mencabar jawatan presiden sehingga persidangan perwakilan tiga tahun sekali parti yang dijadualkan tahun depan.

Larry menyiarkan dokumen bekenaan pada Selasa (11 April)  sebagai reaksi kepada tindakan Zuraida memfailkan tindakan undang-undang untuk diiktiraf secara rasmi sebagai presiden PBM.

BACA: Zuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS

Pada 28 Oktober tahun lepas, Zuraida bersama 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM digantung tugas  kerana didakwa menggugat kepentingan dan kepimpinan parti.

Dia kemudian dipecat daripada parti bersama 10 yang lain pada Disember.

Februari tahun ini, Larry mengumumkan barisan majlis tertinggi parti yang baharu dengan dirinya kekal sebagai presiden.

Larry secara konsisten menegaskan  beliau adalah presiden PBM dan tidak pernah mengosongkan jawatan itu untuk Zuraida.