Skip to main content

Dunia

Cubaan pecah masuk kediaman bintang Sepanyol, Yamal digagalkan - Laporan

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Semi Final - France v Spain - Dallas Stadium, Arlington, Texas, U.S. - July 14, 2026 Spain's Lamine Yamal reacts after being called offside REUTERS/Hannah Mckay
Cubaan dua individu memecah masuk ke kediaman bintang Sepanyol, Lamine Yamal berjaya digagalkan beberapa jam selepas beliau membantu negaranya mara ke final Piala Dunia FIFA. - Gambar Reuters
Advertisement

LONDON: Cubaan dua individu memecah masuk ke kediaman bintang Sepanyol, Lamine Yamal berjaya digagalkan beberapa jam selepas beliau membantu negaranya mara ke final Piala Dunia FIFA, lapor PA Media/dpa, memetik akhbar Catalan, La Vanguardia.

Yamal merupakan antara pemain dalam skuad Sepanyol yang menewaskan Perancis 2-0 pada aksi separuh akhir di Dallas pada Selasa, dan pada awal pagi Rabu, dua suspek bertopeng dilaporkan cuba memasuki kediamannya.

Menurut La Vanguardia, kedua-dua individu itu dikesan oleh pengawal keselamatan persendirian ketika berada di atas tembok kediaman berkenaan.

Mereka kemudian melarikan diri selepas dicabar oleh pengawal keselamatan, yang seterusnya memaklumkan kejadian itu kepada polis tempatan.

Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) telah dihubungi untuk mendapatkan komen.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement