Skip to main content

Dunia

Infantino adakan mesyuarat tergempar di Rabat susulan pengaruh semakin merosot

FILE PHOTO: Soccer Football - 50th Ordinary UEFA Congress - Brussels Expo, Brussels, Belgium - February 12, 2026 FIFA president Gianni Infantino speaks during the event REUTERS/Benoit Tessier/File Photo
Pada 1 Ogos, Infantino mengumumkan bahawa FIFA menggugurkan rancangan menjual sebahagian hak komersialnya susulan kontroversi berkenaan. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

MOSCOW: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino akan mengadakan mesyuarat tergempar di Maghribi pada Rabu susulan pengaruhnya yang semakin merosot dalam badan induk bola sepak dunia itu, lapor Sputnik/RIA NOVOSTI memetik Sky News. 

Pada Julai, FIFA mengumumkan hasrat untuk mengumpul US$4.2 bilion menerusi penjualan kira-kira 20 peratus pegangan dalam sebuah entiti baharu kepada pelabur swasta.

Entiti itu akan menguruskan hak media dan komersial FIFA, termasuk yang berkaitan dengan Piala Dunia.

Pada 30 Julai, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan bahawa semua anggotanya akan memboikot kejohanan FIFA sehingga cadangan itu ditarik balik sepenuhnya.

Laporan itu pada Selasa menyatakan bahawa Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA Arsène Wenger dan Setiausaha Agung FIFA Mattias Grafström mengkritik projek berkenaan.

Pada 1 Ogos, Infantino mengumumkan bahawa FIFA menggugurkan rancangan menjual sebahagian hak komersialnya susulan kontroversi berkenaan.

Menurut laporan media, projek itu berpotensi meningkatkan gaji tahunan Presiden FIFA daripada €3 juta (US$3.4 juta) kepada €30 juta (US$34.5 juta).

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement