Skip to main content

Dunia

Juara dunia dua kali digantung, kemenangan ditarik

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo dan juara dunia dua kali, Gudaf Tsegay, telah digantung selama empat bulan selepas diuji positif bahan terlarang pada bulan Disember, kata Unit Integriti Olahraga (AIU) pada hari Jumaat.
Tsegay, 29 tahun, merupakan juara dunia bagi acara 5,000m pada 2022 dan 10,000m pada 2023 dan juga bekas pemegang rekod 5,000m. - Foto Astro ARENA

PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo dan juara dunia dua kali, Gudaf Tsegay, telah digantung selama empat bulan selepas diuji positif bahan terlarang pada bulan Disember, kata Unit Integriti Olahraga (AIU) pada hari Jumaat.

Pelari jarak jauh dan sederhana Ethiopia itu diuji positif mengambil bahan terlarang tetapi kata atlet berusia 29 tahun itu ia digunakan sebagai antara kaedah perubatan untuk dirinya.

"Tempoh penggantungan Tsegay akan berlangsung dari 1 Jun hingga 30 September 2026," kata AIU dalam satu kenyataan.

Pencapaiannya sebelum ini sehingga 5 Disember tahun lalu juga telah dibatalkan.

Tsegay, yang memenangi gangsa dalam acara 5,000 meter (m) di Tokyo, memohon pengecualian penggunaan terapeutik, atau TUE, pada bulan Februari.

Atlet itu merupakan juara dunia bagi acara 5,000m pada 2022 dan 10,000m pada 2023 dan juga bekas pemegang rekod 5,000m.
 

 

 

Must Watch Video

Advertisement