ECUADOR gagal memanfaatkan 26 peluang apabila sekadar seri 1-1 berdepan Curacao dalam perlawanan kedua Kumpulan E Piala Dunia 2026 di Stadium Kansas City, sebentar tadi.
Pasukan ranking ke-30 dunia menyerang habis-habisan, namun tidak menemui jaringan susulan kecemerlangan penjaga gol Curacao, Eloy Room, yang mencuri tumpuan peminat selepas menampilkan persembahan memukau.
Dengan keputusan tersebut, ia menjadi sejarah baharu buat negara bola sepak terkecil dunia itu untuk meraih mata pertama dalam kejohanan paling berprestij berkenaan.
Eloy Room mencipta sensasi tersendiri tatkala melakukan 15 penyelamatan penting bagi menghindari sebarang gol dibolosi.
Kini, dia merupakan penjaga gol kedua dalam sejarah penganjuran Piala Dunia membuat penyelamatan terbanyak dalam satu aksi.
Tim Howard dari Amerika Syarikat (AS) membuat 16 penyelamatan pada 2014 menentang Belgium untuk menghuni tempat pertama. - Stadium Astro