Skip to main content

Dunia

Saya sangat dahaga tapi ini bukan alasan! - Bekas bintang Man Utd teguh berpuasa

Patrice Evra tidak melepaskan peluang menyambut bulan Ramadan dengan berpuasa penuh menghayati perjuangan umat Islam seluruh dunia._STADIUM ASTRO
Evra memuji konsep sabar dan berlapang dada dalam bulan mulia itu kerana membantu setiap orang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah membentuk disiplin diri supaya kekal tegus, meskipun mengharungi jadual yang padat.

BULAN yang baik akhirnya tiba.

Patrice Evra tidak melepaskan peluang menyambut bulan Ramadan dengan berpuasa penuh menghayati perjuangan umat Islam seluruh dunia.

Advertisement

Bekas bintang Manchester United itu turut memuji konsep sabar dan berlapang dada dalam bulan mulia itu kerana membantu setiap orang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah membentuk disiplin diri supaya kekal tegus, meskipun mengharungi jadual yang padat.

“Saya sangat dahaga tetapi ini bukan alasan. Kita hanya perlu menjalani ibadah ini selama satu bulan.

“Berpuasa seharusnya menjadi salah satu daripada sebahagian hidup. Saya sangat menyukainya kerana saya mahu memberikan sokongan moral kepada kenalan muslim saya.

“Ia, bukan sekadar Ramadan. Lihat apa yang boleh terjadi. Kamu menjadi versi diri yang lebih baik,” katanya.

Bekas tonggak Perancis itu mengumumkan persaraan pada Julai 2019 sewaktu berusia 38 tahun. 

Sebanyak 21 kejuaraan utama berjaya dimenangi ketika bergelar pemain The Red Devils dan Juventus. “Kita hanya perlu menjalani ibadah ini selama satu bulan.

“Berpuasa seharusnya menjadi salah satu daripada sebahagian hidup.

“Saya sangat menyukainya kerana saya mahu memberikan sokongan moral kepada kenalan muslim saya. Ia, bukan sekadar Ramadan. Lihat apa yang boleh terjadi.
“Kamu menjadi versi diri yang lebih baik,” katanya.

Bekas tonggak Perancis itu mengumumkan persaraan pada Julai 2019 sewaktu berusia 38 tahun. Sebanyak 21 kejuaraan utama berjaya dimenangi ketika bergelar pemain The Red Devils dan Juventus. - Stadium Astro
 

Must Watch Video