Skip to main content

Dunia

Surat terbuka UEFA, CONCACAF dan Konfederasi Bola Sepak Asia kepada FIFA

FIFA President Gianni Infantino attends the inauguration of Abelardo De La Espriella as Colombia's president, in Cali, Colombia, August 7, 2026. REUTERS/Luisa Gonzalez
Infantino ketika hadir pada satu mengumumkan Abelardo De La Espriella sebagai presiden Colombia, di Cali, Colombia, 7 Ogos 2026. REUTERS
Advertisement

BADAN pentadbir bola sepak Eropah (UEFA), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) mengeluarkan surat terbuka mengkritik tindakan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, susulan cadangan penjualan pengangan saham dalam hak komersial Piala Dunia.

Surat itu menyatakan, Infantino telah memecahkan kepercayaan 'menerusi penipuan' dengan cadangannya sebelum ini, selain memohon semakan bebas terhadap apa yang berlaku.

UEFA, yang disokong oleh AFC dan CONCACAF, yang mengendalikan bola sepak di Caribbean, Amerika Utara dan Tengah itu, turut mengancam untuk memboikot kejohanan FIFA sehingga mereka menerima janji bahawa tiada skim serupa akan dicadangkan pada masa hadapan.

"Kami menyeru agar perpaduan itu dihormati sekarang, kerana kepimpinan yang berkhidmat untuk bola sepak, bukan bertujuan untuk memerintahnya.

"Kepimpinan dalam bola sepak bukanlah pemilikan," kata mereka dalam kenyataan pada Isnin (10 Ogos). 

"Ia bukan tentang memegang – atau menuntut – kuasa untuk dipegang. Ia adalah satu kewajipan berkhidmat kepada keluarga bola sepak yang mempercayai perkara itu.

"Apabila kepercayaan dipecahkan melalui penipuan, apabila seseorang individu meletakkan dirinya di atas kolektif yang mempercayakannya dengan kuasa, kewajipan itu telah ditinggalkan." katanya.

 

 

Terdahulu, perkara itu menjadi hangat selepas FIFA mengumumkan cadangan menubuhkan anak syarikat komersial dikenali sebagai FFE bagi menguruskan kejohanan utama seperti Piala Dunia dan Piala Dunia Kelab.

Menerusi pelan itu, pelabur swasta dibenarkan memiliki pegangan minoriti dalam syarikat berkenaan, dengan FIFA menyasarkan kutipan hingga USD4.2 bilion (kira-kira RM19.4 bilion) berdasarkan penilaian syarikat bernilai USD20 bilion (RM92.4 bilion).

Jika diluluskan, setiap daripada 211 ahli gabungan FIFA akan menerima bayaran sekali sebanyak USD20 juta (RM92.4 juta) pada awal 2027, selain peruntukan pembangunan bagi kitaran 2027 hingga 2030 meningkat daripada USD8 juta kepada USD20 juta.

Must Watch Video

Advertisement