Skip to main content

Dunia

Pemain bola sepak Iran tidak pernah dilarang sertai Piala Dunia FIFA

Irans's players pose for a team photo before a qualifying match for the 2026 World Cup, June 10, 2025, at Azadi Stadium in Tehran, Iran. Vahid Salemi/AP/File
Pemain Iran bergambar sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 pada 10 Jun 2025, di Stadium Azadi, Tehran, Iran. - Gambar fail AP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Washington tidak berniat menjejaskan penyertaan atlet bola sepak Iran dalam kejohanan Piala Dunia FIFA yang bakal berlangsung pada musim panas ini.

“Kami tidak mahu menjejaskan atlet [Iran] yang ingin menyertai kejohanan berkenaan,” kata Trump.

Advertisement

Iran dijadual menentang New Zealand, Mesir dan Belgium, dengan dua perlawanan akan berlangsung di Los Angeles, manakala satu lagi di Seattle. 

Bagaimanapun, pada Rabu, timbul laporan mendakwa Utusan Khas AS, Paolo Zampolli, yang dilantik Trump cuba mencadangkan supaya Iran digantikan dengan Itali, yang sebelum ini gagal melayakkan diri ke kejohanan itu.

Mengulas perkara tersebut, Zampolli memberitahu CNN, beliau telah mengemukakan cadangan itu kepada Trump dan Presiden FIFA, Gianni Infantino, sambil menyatakan beliau dimaklumkan bahawa Iran tidak merancang untuk mengambil bahagian. 

Namun, walaupun konflik semasa menimbulkan pelbagai kekangan, Iran dilaporkan menyatakan hasrat untuk terus menyertai kejohanan itu dan sedang berusaha mencari kaedah bagi memastikan penyertaan dapat dilakukan secara selamat.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, menegaskan, Amerika Syarikat tidak pernah melarang Iran daripada menyertai kejohanan berkenaan.

“Isu berkaitan Iran bukanlah atlet mereka. Masalahnya ialah individu lain yang mungkin mereka bawa bersama — ada antara mereka mempunyai kaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC). 

"Kami mungkin tidak boleh membenarkan mereka masuk,” kata Rubio kepada wartawan di Pejabat Oval, White House, pada Khamis.

Beliau merujuk kepada IRGC - pasukan elit ketenteraan Iran, dan menyifatkan laporan mengenai kemungkinan Iran digantikan oleh Itali sebagai spekulasi semata-mata.

Rubio berkata, keputusan sama ada atlet Iran akan ke AS atau tidak terletak di tangan Iran sendiri.

Namun beliau menegaskan: “Apa yang mereka tidak boleh lakukan ialah membawa masuk sekumpulan pengganas IRGC ke negara kami dan berpura-pura mereka adalah wartawan atau jurulatih sukan.”

Must Watch Video