TULAR di laman-laman sosial video memaparkan ketua jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak, terpaksa menggunakan fizikal untuk menghalang penyokong kelab itu daripada masuk ke dalam kawasan padang.
Persib menang tipis 1-0 ke atas kelab Thailand, Ratchaburi, dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Gelora Bandung Lautan Api, sekali gus tersingkir dengan agregat 1-3.
Advertisement
Selepas tamat perlawanan itu, penyokong Persib, yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, mula bertindak masuk ke dalam kawasan padang dan membaling objek.
Hodak dirakam menolak sekumpulan penyokong daripada masuk ke dalam kawasan padang dan usahanya itu kelihatan berhasil. - Stadium Astro