Skip to main content

Malaysia

KO petarung Iran di pusingan pertama, Rifdean akhirnya raih kontrak ONE Championship

Petarung muay thai negara, Rifdean Masdor, tidak menunjukkan sebarang belas kasihan apabila menumbangkan Javad Mozafari dari Iran menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama dalam aksi The Inner Circle 19 di Stadium Lumpinee, Bangkok sebentar tadi.
Atlet berusia 23 tahun itu mengekalkan momentum cemerlang apabila menewaskan Javad Mozafari dari Iran menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama di Stadium Lumpinee, Bangkok. - Gambar/ Sinar Harian
Advertisement

PETARUNG Muay Thai negara, Mohammad Rifdean Masdor mengesahkan kontrak bersama ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM413,719) selepas menampilkan aksi bertenaga dalam pertarungannya di The Inner Circle 19 malam tadi.

Atlet berusia 23 tahun itu mengekalkan momentum cemerlang apabila menewaskan Javad Mozafari dari Iran menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Pertarungan atomweight tersebut hanya berlangsung selama 1 minit 34 saat apabila Rifdean mempamerkan aksi agresif sebelum menamatkan cabaran lawan dengan KO meyakinkan.

Kemenangan itu meneruskan rentak lima kemenangan berturut-turut buatnya dalam ONE Championship, sekali gus melayakkan beliau menerima kontrak profesional daripada organisasi berkenaan.

Rifdean kini mengikuti jejak Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Jojo) yang meraih kontrak tetap bersama ONE Championships.

Must Watch Video

Advertisement