Skip to main content

Malaysia

Muhammad Azeem lebur rekod kebangsaan 200m di Carolina Utara

KUALA LUMPUR, 11 Julai -- Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi ketika ditemui pemberita selepas menerima lawatan daripada Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Mohd Hamidin Mohd Amin di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.  --fotoBERNAMA
Muhammad Azeem menamatkan saingan di tempat ke-21 daripada 48 pelari dalam kejohanan jemputan Tiger Paw yang berlangsung di Kompleks Balapan dan Padang Tertutup Clemson di Clemson, Carolina Utara. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharu rekod kebangsaan acara 200 meter (m) pada kejohanan jemputan Tiger Paw, semalam. 

Atlet berusia 21 tahun yang digelar 'Usain Bolt Malaysia' itu mencatatkan 21.20 saat (s) untuk memadam rekod 21.50s miliknya yang dilakukan pada Januari lepas.

Advertisement

Catatan itu menyaksikan Muhammad Azeem menamatkan saingan di tempat ke-21 daripada 48 pelari dalam kejohanan yang berlangsung di Kompleks Balapan dan Padang Tertutup Clemson di Clemson, Carolina Utara.

Untuk rekod, Muhammad Azeem merekodkan 21.50s pada kejohanan jemputan Bob Pollock di Clemson, memadam rekod terdahulu 22.86s milik Timothy Tan di Manchester Indoor Meet 2019.

Pada Jumaat lepas, Muhammad Azeem terlepas peluang ke final selepas menamatkan saingan separuh akhir acara 60m di tempat kesembilan dengan catatan 6.65s.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video