Skip to main content

Malaysia

Pemain ragbi SUKMA meninggal dunia semasa latihan di Kulim

Muhammad Adam Putra tidak sedarkan diri sewaktu menjalani latihan di padang Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim pada Sabtu. Foto Ihsan FB Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM (FSR Perlis)._SINAR HARIAN
Muhammad Adam Putra tidak sedarkan diri sewaktu menjalani latihan di padang Batalion Kedua PGA Kulim pada Sabtu. - Foto Facebook FSR UiTM Perlis/Sinar Harian

KULIM: Seorang pemain ragbi Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu menjalani latihan di padang Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata Muhammad Adam Putra Syahril, 21, yang rebah semasa latihan sedang berjalan pada 5.30 petang telah diberikan bantuan awal oleh jurulatihnya, namun tiada tindak balas.

Beliau berkata penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perlis itu kemudian dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di unit kecemasan hospital berkenaan.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan pemain ragbi berkenaan yang berasal dari Kulim, sedang menjalani latihan praktikal di daerah ini dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement