Skip to main content

Malaysia

Piala Srikandi Merdeka: Lim You tetap ranking pertama

Sumber: Stadium Astro
Lim You mengumpul tujuh jaringan keseluruhan dan masih berbaki satu lagi perlawanan. Wakil tuan rumah dan Thailand mengekori rapat jumlah jaringan dengan tiga gol.
Advertisement

PERJALANAN skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun (B-17) negara terhenti dalam separuh akhir Piala Srikandi Merdeka 2026 selepas tewas 1-5 kepada Thailand, di Kudus, Indonesia, semalam.

Namun, sensasi bintang meningkat naik kebangsaan, Lim You, masih menjadi tumpuan tatkala mendahului ranking pertama selaku penjaring terbanyak kejohanan setakat ini.

Pemain kelahiran Taiwan itu mengumpul tujuh jaringan keseluruhan dan masih berbaki satu lagi perlawanan. Wakil tuan rumah dan Thailand mengekori rapat jumlah jaringan dengan tiga gol.

Kesemua jaringannya hasil pertemuan menewaskan Arab Saudi dalam peringkat kumpulan. Lim You berpotensi menambah kutipan gol pada aksi terakhir kejohanan, sekali gus merangkul anugerah individu itu.

Pelapis Malayan Tigress itu mempunyai peluang untuk menamatkan kempen di tempat ketiga apabila dijadual bertemu Jordan minggu hadapan. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement