PASUKAN dari Arab Saudi, Al-Ahli, melangkah ke pentas akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selaku juara bertahan selepas menewaskan kelab gergasi dari Jepun, Vissel Kobe, 2-1 awal pagi tadi.
Perlawanan di Jeddah, Arab Saudi itu menyaksikan pemain sayap Vissel Kobe, Yoshinori Muto, terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-31, sebelum Galeno menutup kelebihan itu dalam babak kedua permainan untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Begitupun, selang lapan minit kemudian giliran bekas penyerang Brentford, Ivan Toney, meledak gol kemenangan buat juara bertahan ACLE itu sekali gus memacu Ah-Ahli mara sekali lagi ke final.
Menanti Ah-Ahli di pentas akhir nanti antara Machida Zelvia (Jepun) mahupun Shabab Al-Ahli (UAE) dengan aksi final dijangkakan akan berlangsung di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah.
✨ 𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗧𝗦 ✨
🟢⚪ The reigning champions return to the showpiece as their title defence reaches the last stage 🏆#ACLElite | #VISvAHL pic.twitter.com/I0LSW8vf62— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) April 20, 2026