Skip to main content

Sukan

Barcelona hilang khidmat Lamine Yamal sehingga penghujung musim

Lamine Yamal terbaring di padang selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan La Liga antara Barcelona dan Celta Vigo di Barcelona, Sepanyol, 22 April 2026. (Foto AP)
Lamine Yamal terbaring di padang selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan La Liga antara Barcelona dan Celta Vigo di Barcelona, Sepanyol, 22 April 2026. (Foto AP)
Advertisement

PENYERANG berbisa Barcelona, Lamine Yamal, bakal terlepas baki saingan musim ini susulan mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya.

Begitupun, pemain kebangsaan Sepanyol itu dijangkakan akan turun kembali beraksi di pentas Piala Dunia nanti.

Pemain berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan ketika menoktahkan sepakan penalti buat Barcelona sekali gus gol tunggalnya itu menewaskan Celta Vigo 1-0 hingga menyebabkan dia terpaksa dibawa keluar padang semalam.

Advertisement

"Pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan Lamine Yamal mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya.

"Pemain itu akan mengikuti pelan rawatan konservatif. Lamine Yamal akan terlepas baki saingan musim ini, dan dia dijangkakan akan dapat beraksi untuk Piala Dunia." jelas Barca.

Advertisement

Untuk rekod, Sepanyol akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Cape Verde pada 15 Jun dalam saingan Kumpulan B.

 

 

Must Watch Video

Advertisement