Skip to main content

Sukan

Durban, Afrika Selatan bida tuan rumah Sukan Olimpik 2036 atau 2040

Stadium Moses Mabhida di Durban, wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan. (Foto AP)
Stadium Moses Mabhida di Durban, wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan. (Foto AP)

Advertisement

CAPE TOWN: Afrika Selatan memilih Durban sebagai bandar calon pilihannya untuk membida hak penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik 2036 atau 2040, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Afrika belum pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik walaupun benua itu merupakan tempat kelahiran Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Kirsty Coventry, yang berasal dari Zimbabwe.

Afrika Selatan menjadi negara Afrika pertama menganjurkan Piala Dunia FIFA lelaki pada 2010.

Durban akan bersaing dengan Munich di Jerman, Ahmedabad di India, Jeonbuk di Korea Selatan, Istanbul di Turkiye, Budapest yang merupakan ibu negara Hungary, serta Qatar.

Pihak lain yang berminat untuk membida mempunyai masa sehingga akhir Oktober untuk mengemukakan cadangan masing-masing.

IOC dijangka memilih bandar tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2036 pada pertengahan 2029.

Jawatankuasa Olimpik Afrika Selatan pada sidang media Khamis memaklumkan bahawa bandar lain selain Durban juga boleh dimasukkan dalam cadangan bidaan itu.

Pemilihan Durban berbanding bandar lebih besar seperti Johannesburg dan Cape Town mengejutkan sesetengah pemerhati Sukan Olimpik.

Los Angeles akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2028, diikuti Brisbane pada 2032.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement