Skip to main content

Sukan

EPL: Aura Sang Juara! Arsenal bangkit penuh bergaya tumbangkan Chelsea

Chelsea's Jorrel Hato, bottom, and Arsenal's Martin Odegaard in action during the English Premier League soccer match between Arsenal and Chelsea in London, Sunday, Sept. 6, 2026. (AP Photo/Dave Shopland)
Pemain Chelsea Jorrel Hato (bawah) dan Odegaard ketika beraksi dalam perlawanan EPL antara Arsenal dan Chelsea di London, 6 Sept 2026. (Foto AP)
Advertisement

ARSENAL melepasi ujian terbesar mereka setakat ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Chelsea 2-1 di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Ketua pasukan, Martin Odegaard, menjaringkan gol kemenangan tuan rumah selepas mereka ketinggalan sejak minit kedua perlawanan.

Morgan Rogers terlebih dahulu meletakkan pelawat di depan menerusi rembatan volinya ketika perlawanan hanya berusia 77 saat tetapi Arsenal memberikan tindak balas yang cukup mengerikan apabila Kai Havertz menyamakan kedudukan pada minit ke-25 sebelum Odegaard menyempurnakan gerakan kemas sebaik babak kedua bermula.

Chelsea sentiasa menjelmakan ancaman dalam perlawanan berintensiti tinggi yang cukup mendebarkan itu, malah pemain gantian mereka, Estevao, hampir menerbitkan harapan untuk menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir tetapi dinafikan ketangkasan luar biasa penjaga gol, David Raya.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal berkongsi kedudukan teratas bersama Manchester City dengan kedua-dua pasukan berkenaan mengutip mata maksimum, sembilan mata daripada tiga perlawanan pertama.

Keputusan itu juga menyaksikan Chelsea meneruskan kemarau kemenangan menentang Arsenal, yang kini berlanjutan kepada 12 perlawanan dalam semua pertandingan.

 

Must Watch Video

Advertisement